Istilah: Al-Bid’ah, bidaah, bida’ah, bidak, bida’

Padahal maksudnya dari segi bahasa cukup baik:

Pencipta sesuatu yang baru, Inovasi, atau creator

Orang yang mencipta sesuatu yang baru dalam agama, kita namakan ahli bida’ah (pakar pencipta yang baru, atau pakar inovasi)

Orang yang mengikuti petunjuk ahli bida’ah ini kita boleh namakan sebagai Sohibul bida’ah

Istilah bida’ah SAH di sisi nabi. Ia bukanlah istilah baru:

Rasulullah gunakan istilan bidaah (dalam bahasa arabnya Rasulullah kata “Kullu Bid’atin Dholalah”)

              “Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah  Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)

RASULULLAH memerintahkan kita menjauhi perkara baru dalam agama. Ikutlah perintah Nabi.

Sebenarnya tidak sulit untuk meninggalkan Bidaah dan mengikuti Sunnah. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja.

Ini adalah ujian ketaatan kita kepada Nabi atau kedudukan kita di mata masyarakat. Pilihlah…

Adakah kita rela menyelisihi NABI atau kita menyelisihi kebiasaan orang ramai (takut “nanti apa orang kata”). Jika kita lebih takut kepada orang kata daripada takut menyelisihi sunnah… itu sudah memalingkan ketaatan daripada Allah dan Rasulnya.

“Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah”

Leave a Reply