04. Betulkah Islam Sudah Sempurna?
April 14, 2007
Betul… Islam Sudah Sempurna
Tidak Perlu Penambahan dan Tidak Boleh Dikurangi
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagi kalian.” (Al-Maa`idah, 3)
Al Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat di atas:
“Hal ini merupakan kenikmatan Allah ta`ala yang terbesar bagi umat ini, di mana Allah ta`ala telah menyempurnakan untuk mereka agama mereka, hingga mereka tidak membutuhkan agama yang lainnya, tidak pula butuh kepada nabi yang selain nabi mereka shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana itulah Allah ta`ala menjadikan beliau sebagai penutup para nabi dan Dia mengutus beliau kepada manusia dan jin. Tidak ada sesuatu yang halal melainkan apa yang beliau halalkan dan tidak ada yang haram melainkan apa yang beliau haramkan. Tidak ada agama kecuali apa yang beliau syariatkan. Segala sesuatu yang beliau khabarkan maka khabar itu benar adanya dan jujur, tidak ada kedustaan dan penyelisihan di dalamnya” [[1]]
Pernah datang seorang Yahudi kepada Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘anhu lalu ia berkata:
[Wahai Amirul Mukminin! Seandainya ayat ini: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kusempurnakan nikmat-Ku bagi kalian dan Aku redha Islam sebagai agama kalian."... turun atas kami, nescaya kami akan jadikan hari turunnya ayat tersebut sebagai hari raya. Maka Umar menjawab: "Sesungguhnya aku tahu pada hari apa turun ayat tersebut, ayat ini turun pada hari Arafah bertepatan dengan hari Jumaat." [[2]]
Ayat yang menunjukkan kesempurnaan Islam ini memang patut dibanggakan dan hari turunnya patut dirayakan sebagai hari besar. Namun kita tidak perlu membuat-buat hari raya baru kerana Allah menurunkannya tepat pada hari besar yang dirayakan oleh seluruh kaum Muslimin, iaitu hari Arafah dan hari Jumaat.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah Ta’ala kepada ummat ini telah menunaikan amanah dan menyampaikan risalah dari Allah dengan sempurna. Maka tidaklah beliau shallallahu alaihi wasallam wafat melainkan beliau telah menjelaskan kepada ummatnya seluruh apa yang mereka perlukan.
Dari Huzaifah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
“Sungguh Nabi shallallahu alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami dengan suatu khutbah yang beliau tidak meninggalkan sedikitpun perkara yang akan berlangsung sampai hari kiamat kecuali beliau sebutkan ilmunya….” [[3]]
Dari Abu Zaid Amr bin Akhthab radhiallahu ‘anhu, ia berkata:
“Rasullullah shallallahu alaihi wasallam solat Subuh bersama kami. (Selesai solat) beliau naik ke mimbar lalu berkhutbah di hadapan kami hingga tiba waktu Zohor, beliau turun dari mimbar dan solat zohor. Kemudian beliau naik lagi ke mimbar lalu berkhutbah di hadapan kami hingga tiba waktu Asar, kemudian beliau turun dari mimbar dan solat Asar. (Setelah solat Asar) beliau naik ke mimbar lalu mengkhutbahi kami hingga tenggelam matahari. Dalam khutbah tersebut beliau mengkhabarkan pada kami apa yang telah berlangsung dan apa yang akan berlangsung….” [[4]]
Berkata Al-Imam Malik bin Anas:
“Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu kebid’ahan yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sungguh ia telah menuduh bahawa Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam mengkhianati risalah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagi kalian.” Maka apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, maka tidak menjadi agama pula pada hari ini.” [[5]]
Berkata Asy-Syaukani:
“Maka, sungguh apabila Allah subhanahu wa ta’ala telah menyempurnakan agama-Nya sebelum mematikan Nabi-Nya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, bagaimana dengan pendapat orang yang mengada-adakan setelah Allah subhanahu wa ta’ala menyempurnakan agama-Nya?! Seandainya sesuatu yang mereka ada-adakan termasuk dalam urusan agama menurut keyakinan mereka, bererti belum sempurna agama ini kecuali dengan pendapat mereka, ini bererti mereka telah menolak Al-Qur`an. Dan jika apa yang mereka ada-adakan bukan termasuk dari urusan agama, maka apa faedahnya menyibukkan diri dengan sesuatu yang bukan dari urusan agama?? “
“Ini adalah hujah yang terang dan dalil yang agung, tidak mungkin orang yang waras akalnya dapat mempertahankan hujahnya selama-lamanya. Maka jadilah ayat yang mulia ini (Pada hari ini telah Kusempurnakan… Al-Maa`idah:3) sebagai hujah yang pertama kali memukul wajah ahlur ra`yi (orang yang mendahulukan akalnya di atas wahyu) dan menusuk hidung-hidung mereka dan mematahkan hujah mereka.” [[6]]
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah Ta’ala kepada ummat ini telah menunaikan amanah dan menyampaikan risalah dari Allah dengan sempurna. Maka tidaklah beliau shallallahu alaihi wasallam wafat melainkan beliau telah menjelaskan kepada ummatnya seluruh apa yang mereka perlukan.
Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam suatu khutbahnya:
أَمَا بَعْدُ, فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ وَشَرَّ الْأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا , وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
“Ammaa ba’d, Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitaabullaah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam dan sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap bid’ah adalah sesat.” [[7]]
Dari ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi nasihat (wasiat) kepada kami dengan nasihat yang mendalam, yang kerananya berlinanganlah air mata (kerana terharu) dan membuat hati kami bergetar. Seseorang dari kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan, maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda:
أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعَ وَالطَّاعَةَ وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ: فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بَسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ تَمَسَّكُوْا بِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَأِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah, dan senantiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak Habasyi. Barangsiapa hidup (berumur panjang) di antara kalian niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa`ur Rasyidin yang mendapat petunjuk (yang datang sesudahku), gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama, pent.). kerana semua perkara yang diada-adakan itu adalah bid’ah, sedang setiap bid’ah adalah sesat (dan setiap yang sesat tempatnya di dalam Neraka).“ [[8]]
Huzaifah radiallahu ‘anhu berkata:
“Setiap bid’ah adalah menyesatkan walaupun seluruh umat manusia melihatnya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang baik”.
Berkata Ibnu Rajab:
“Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “(Kullu bid’atin dholaalah = semua bid’ah adalah sesat)” merupakan kata (kaedah) yang menyeluruh dan tidak ada pengecualian sedikitpun (dengan mengatakan, “Ada Bid’ah Hasanah”, pent.) dan merupakan dasar yang agung dari dasar-dasar agama.” [[9]]
Berkata Ibnu Hajar:
“Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “(Kullu bid’atin dholaalah bermakna semua bid’ah adalah sesat)” merupakan kaedah syar’iyyah yang menyeluruh baik lafaz maupun maknanya. Adapun lafaznya, seolah-olah mengatakan: “Ini hukumnya bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.”
Maka, bid’ah tidak termasuk bagian dari syari’at, kerana semua syari’at adalah petunjuk (bukan kesesatan, pent.), apabila telah tetap bahawa hukum yang disebut itu adalah bid’ah, maka berlakulah “semua bid’ah adalah sesat” baik secara lafaz maupun maknanya, dan inilah yang dimaksud. [[10]]
Berkata Asy-Syeikh Muhammad bin Soleh Al-’Utsaimin:
“Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: ” Kullu bid’atin= semua bid’ah” maknanya menyeluruh, umum, mencakup dan didukung dengan kata yang kuat, mencakup dan umum pula iaitu lafazh” Kullu=semua”. Maka segala sesuatu yang didakwahkan sebagai bid’ah hasanah, jawabannya adalah dengan kata di atas, sehingga tidak ada pintu masuk bagi ahlul bid’ah untuk menjadikan bid’ah mereka sebagai bid’ah hasanah. Dan di tangan kami ada pedang yang sangat tajam dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yakni (Kullu bid’atin dholaalah). Pedang yang sangat tajam ini dibuat di atas nubuwwah dan risalah, dan tidak dibuat di atas sesuatu yang goyah. Dan bentuk (kalimat yang digunakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam) ini sangat jelas, maka tidak mungkin seseorang menandingi pedang yang tajam ini dengan mengatakan adanya bid’ah hasanah sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (Kullu bid’atin dholaalah =semua bid’ah adalah sesat). [[11]]
Beliau juga berkata:
“Sesungguhnya setiap bid’ah adalah sesat dan bahawasanya tidak ada pada bid’ah-bid’ah tersebut sesuatu yang dianggap baik sebagaimana yang disangka oleh sebahagian ulama. Bahkan seluruh bid’ah adalah sesat, maka barangsiapa yang menyangka bahawasanya ada suatu bid’ah dari bid’ah-bid’ah yang ada sebagai suatu kebaikan, maka hal itu (bid’ah yang dia sangka sebagai kebaikan) tidak lepas dari salah satu dari dua perkara, yang pertama bahawasanya hal itu bukan bid’ah dan ia menyangkanya sebagai bid’ah atau kemungkinan yang kedua bahawasanya hal itu bukanlah kebaikan dan ia menyangkanya kebaikan. Adapun adanya bid’ah dan kebaikan (berbarengan/menyatu pada suatu keadaan iaitu menganggap adanya bid’ah hasanah) maka ini adalah perkara yang mustahil, kerana bertentangan dengan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “(Kullu bid’atin dholaalah = semua bid’ah adalah sesat)”. [[12]]
Abdullah bin Mas’ud mengatakan:
“Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani hendaklah ia meneladani para sahabat Rasulullah sallalahu ‘alaihi wasallam. Kerana sesungguhnya, mereka umat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya, paling lurus patunjuknya, serta paling baik keadaannya. Satu kaum yang Allah telah memilih mereka untuk meneman nabinya, untuk menegakkan agamanya. Maka kenalilah keutamaan mereka, serta ikutilah athar-atharnya kerena mereka berada di jalan yang lurus.”
Imam Al-Uzza’I (wafat 157H) mengatakan:
“Bersabarlah diri di atas sunnah, tetaplah tegak sebagaimana para sahabat tegak di atasnya. Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan. Tahanlah dirimu dari apa-apa yang mereka menahan diri darinya. Dan ikutilah jalan Salafus Soleh kereja akan mencukupi kalian apa sahaja yang mencukupi kalian apa-apa saja yang mencukupi mereka.” [[13]]
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mengada-adakan suatu amalan yang baru di dalam agama yang tidak kami perintahkan, maka amalannya tertolak”. [[14]]
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak ada contohnya daripada kami, maka ia tertolak “. [[15]]
Berkata Asy-Syaukani:
“Hadis ini termasuk kaedah-kaedah agama, kerana termuat di dalamnya banyak hukum yang tidak boleh dibatasi. Betapa jelas sumber dalil untuk membatalkan ahli fiqh yang berpendapat bahawa bid’ah itu terbagi menjadi beberapa bahagian, dan penolakan mereka secara khusus tentang sebahagian di dalamnya, sementara tidak ada pengkhususan (yang dapat diterima) baik dari dalil ‘aqli (logika) maupun naqli (dari Al-Qur`an & As-Sunnah, pent.).” [[16]]
Berkata Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu:
كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَإِنْ رَآَهَا النََّاسُ حَسَنَةً
“Setiap bid’ah adalah kesesatan walaupun dianggap baik oleh manusia” [[17]]
Berkata ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu:
“Ittiba’lah (mengikutlah) dan janganlah kalian berbuat bid’ah, maka sungguh telah cukup bagi kalian dan semua bid’ah adalah sesat.” [[18]]
Dari Abdullah bin Mas`ud radliallahu anhu:
Beliau shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Berhati-hatilah kalian dari perkara-perkara baru, kerana sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, dan setiap perkara yang diada-adakan itu bid`ah dan setiap bid`ah itu adalah kesesatan”. [[19]]
Rasulullah sallalahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Apabila aku perintahkan agar kamu melakukan perkara maka lakukanlah dia sekadar kemampuanmu, dan apabila aku larang kamu agar jangan melakukan sesuatu, maka jauhilah perkara tersebut.” [[20]]
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
“Katakanlah “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”. (QS. Al-Baqarah, 111)
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”. (QS. Al-An’am, 116)
Dalam hadis sahih disebutkan, bahawa Nabi Muhammad shallallohu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يذاد رجال عن حوضي يوم القيامة فأقول: يا رب، أصحابي أصحابي، فيقال لي: إنك لا تدري ما أحدثوا بعدك، فأقول كما قال العبد الصالح: وكنت عليهم شهيدا ما دمت فيهم، فلما توفيتني كنت أنت الرقيب عليهم وأنت على كل شيء قدير
“Banyak orang orang yang dijauhkan dari telagaku pada hari kiamat nanti, maka aku berkata: ya Rabb, mereka adalah sahabat-sahabatku, mereka sahabat-sahabatku, maka dikatakan kepadaku: sesungguhnya engkau tidak tahu tentang apa yang mereka perbuat setelah engkau wafat ?, maka aku berkata sebagaimana hamba soleh (Nabi Isa) berkata:” Dan aku menjadi saksi bagi mereka selama aku hidup bersama mereka, maka setelah Engkau telah mewafatkan aku, Engkaulah yang menjadi penguasa bagi mereka dan sesungguhnya Engkau MahaMengetahui atas segala sesuatu”.
[1] Tafsir Ibnu Katsir, 2/14.
[2] Diriwayatkan oleh Bukhari, nombor 45,4407,4606.
[3] Diriwayatkan oleh Bukhari, nombor 6604.
[4] Diriwayatkan oleh Muslim, juz 4, halaman 2217.
[5] Al-I’tisham, Al-Imam Asy-Syathibiy, 1/64.
[6] Al-Qaulul Mufiid fii Adillatil Ijtihaad wat Taqliid hal. 38.
[7] Diriwayatkan oleh Muslim, no. 867.
[8] Diriwayatkan oleh Ahmad 4/126, Abu Dawud no.4607, At-Tirmidzi no.2676, Nasa’I, dan disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahiihul Jaami’ no.2546.
[9] Jaami’ Bayaanil ‘Ilmi wa Fadhlih hal. 549.
[10] Fathul Baari 13/254.
[11] Al-Ibdaa’ fii Kamaalisy Syar’i wa Khathiiri Al-Ibtida’ oleh Ibnu ‘Utsaimin hal.13.
[12] At-Ta’liiqaat ‘alal Arba’iin An-Nawawiyyah hal. 73
[13] Diriwayatkan oleh Al-Lallika’I.
[14] Diriwayatkan oleh Muttafaq ‘alaih
[15] Diriwayatkan oleh Muslim
[16] Nailul Authaar, 2/69.
[17] Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dalam Al-Ibanah hadis no.205 (1/339) dan Al-Lalika’i dalam Syarah Ushul I’tiqod Ahlus Sunnah: 1/126.
[18] Diriwayatkan oleh Ibnu Baththah dalam Al-Ibanah hadis no.175 (1/327, 328) dan Al-Laalikaa`iy hadis no.104 (1/86)
[19] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Ashim dalam As Sunnah no. 25 dan hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Albani rahimahullah
[20] Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.