11. Waduh, mengambil ilmu daripada mereka?
April 14, 2007
Bahaya mempelajari inovasi daripada mereka terutamanya bab akidah
Meskipun riwayat merupakan bahagian dari mencari ilmu, namun periwayatan memiliki hukum khusus. Maka para ulama ahli hadis hanya mengacu pada kejujuran perawi tanpa melihat status lain, yang pentingnya muslim.
Sebab cara untuk memilih antara hadis sahih dengan yang dhaif hanya dengan cara itu, sehingga sangat mungkin hadis dari ahli sunnah tertolak kerana pendusta. Terkadang riwayat ahli bid’ah ditolak untuk menjaga sunnah atau menghalau kebida’ahan kerana perawinya propagandis kebid’ahan.
Adapun masalah mencari ilmu dari ahli bid’ah untuk memahami penjelasan dan tafsir nash-nash serta menelusuri hukum-hukumnya, berbeza dengan riwayat, boleh jadi masalah ilmu tidak mementingkan kejujuran ahli bid’ah. Hanya perlu diperhatikan pengaruh kebid’ahan kepada murid dan jenis ilmu yang diajarkan.
Jika kita memperhatikan beberapa atsar dari para ulama salaf, tampak jelas peringatan mereka dalam menuntut ilmu dari ahli bid’ah.
Ali bin Thalib radiyallahu ‘anhu berkata,
”Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama.” [[1]]
Ibnu Umar radiyallahu anhuma berkata,
”Berhati-hatilah terhadap agamamu, sebab dia adalah darah dagingmu. Lihatlah dari mana kamu mengambilnya. Ambillah dari orang istiqomah dan janganlah mengambil dari orang yang menyeleweng.” [[2]]
Para sahabat dan tabi’in menekankan, agar kita mengambil ilmu dari orang yang istiqamah bukan dari para penyeleweng, kerana ilmu dipelajari untuk diamalkan. Sedangkan ahli bid’ah tidak menanamkan kecuali perkara bid’ah. Boleh jadi para murid terpengaruh, baik dari sisi ilmu mahupun pengalamannya. Sehingga sulit untuk diluruskan, apalagi bila belajarnya sejak masa kecil.
Salah seorang ulama Amr bin Qais Al Mala’i berkata,
“Jika kamu melihat pemuda belajar sejak kecil kepada guru ahli sunnah berharaplah, dan bila belajar kepada ahli bid’ah, maka anda akan putus harapan.” [[3]]
Ibnu Abdil Bar meriwayatkan pendapat Abdullah bin Mas’ud,
“Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar mereka dan jika mereka mengambil dari Ashaghir dan buruk, mereka pasti hancur.” [[4]]
Yang dimaksud Ashaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa,
Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapa Ashaghir itu ?”. Ia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (nalar/akal/menafsir sendiri). Adapun orang yang mengambil dari pembesar bukan termasuk Ashaghir.” [[5]]
Dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, Al-Lalika’i meriwayatkan perkataan Abdullah bin Mubarak,
”Ashaghir adalah ahli bid’ah.” [[6]]
Imam Asy-Syatibi memberi komentar ucapan Ibnu Mubarak,
“Ashaghir lebih cocok untuk ahli bid’ah, kerana keilmuan mereka sangat kerdil sehingga mereka menjadi ahli bid’ah.” [[7]]
Berdasarkan atsar dari Ibnu Mas’ud di atas, dilarang mengambil ilmu dari ahli bid’ah kerana bolehmendatangkan kerosakan. Fakta membuktikan banyak orang hancur dan rosak akibat berteman dan menuntut ilmu dari ahli bid’ah. Oleh kerana itu, para ulama salaf sangat keras melarang duduk-duduk dengan mereka, berteman dan mendengar riwayat dari mereka. Tidak diragukan lagi, mengambil ucapan mereka penyebab utama kesesatan dan kerosakan.
Ibnu Abdil Barr menukil perkataan Imam Malik,
”Tidak boleh mengambil ilmu dari empat orang; orang yang sangat dungu, ahli bid’ah yang mengajak kepada bid’ah, orang yang dikenal suka berdusta kepada manusia meskipun tidak mendustakan hadis Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam dan dari orang shalih yang tidak tahu status hadis yang diriwayatkan.” [[8]]
Begitu juga para sahabat dan tabi’in serta para ulama ahli sunnah melarang mengambil ilmu dari ahli bid’ah.
Imam an-Nawawi dalam menjelaskan macam-macam ghibah yang mubah,
”Di antara ghibah yang mubah ketika seorang melihat orang alim sering mengunjungi ahli bid’ah atau fasik untuk mengambil ilmu dan dikhuatirkan akan memberi pengaruh buruk kepada orang alim tersebut, maka boleh bagi orang tersebut memberi nasihat dengan mengungkapkan peribadinya dengan syarat hanya untuk tujuan nasihat.” [[9]]
Pernyataan Imam an Nawawi mengisyaratkan, larangan mengambil ilmu dari ahli bid’ah, sehingga ketika ada seorang alim sering berkunjung kepada seorang ahli bid’ah harus diperingatkan, meskipun dengan cara ghibah.
Imam Az-Zahabi berkata,
”Jika ada seorang ahli kalam yang juga ahli bid’ah berkata, ”Jauhkan kami dari Al Quran dan As Sunnah dan pakailah akal,” maka ketahuilah dia adalah Abu Jahal. Bila ahli suluk berkata,” Tinggalkan naql dan akal, pakailah zauq (perasaan) dan wajd (misteri dalam ibadah), maka ketahuilah dia adalah iblis dalam bentuk manusia. Jika dia mendekatimu, larilah atau perangi hingga kalah dan bacakanlah ayat kursi lalu cekiklah.” [[10]]
Fatwa ulama Syam, Mesir dan Moroko,
”Para ulama mujtahid berijma’, dilarang mengambil ilmu dari ahli bid’ah. Zina adalah dosa besar, namun lebih ringan daripada orang yang bertanya tentang masalah agama kepada ahli bid’ah.” [[11]]
Fatwa ulama’ Moroko berbunyi,
”Setiap muslim harus beramal sesuai dengan Al Quran dan As Sunnah. Setiap orang yang benci sunnah bererti kafir, maka harus dijauhi. Bila seorang ulama berbuat bid’ah harus dijauhi dan tidak boleh diambil ilmunya kerana akan merosakkan agama.” [[12]]
Syeikh Salim al Hilali berkata,
”Ahli bid’ah yang mengajak kepada bid’ah, berhak untuk mendapat sanksi agar tidak membahayakan orang lain. Jika dia seorang mujtahid, paling tidak boleh diberi kedudukan dalam agama serta tidak boleh diambil ilmu dan fatwanya.” [[13]]
Syeikh Bakar bin Abdullah Abu Zaid berkata,
”Berhati-hatilah dengan seorang Abu Jahal dan ahli bid’ah yang berakidah sesat dan tertutupi oleh khurafat, menggunakan hawa nafsu dan akal untuk mengubah nash dan mengacak-acak hadis, sehingga Ibnu Mubarak menyebut mereka dengan sebutan Ashaghir.” [[14]]
Jika kamu dalam keadaan normal, janganlah mengambil ilmu dari Rafidhah [pengutuk Sahabat Rasulullah], Khawarij [penentang pemerintah muslim], Murji’ah, Qadriyyah [Penganut kepercayaan tentang takdir yang menyimpang] atau Quburiyah [penyembah kuburan wali]. Cukup banyak pernyataan ulama agar ahli sunnah menjauhi ahli bid’ah. Wahai para pelajar, jadilah orang yang bermanhaj salaf dan hati-hati terhadap fitnah ahli bid’ah. Mereka menggunakan ungkapan yang manis, rayuan yang menawan dan keramat yang penuh dengan tipuan. Namun semua sarat dengan kebid’ahan dan membutakan hati serta jiwa. Ambillah ilmu dari ahli sunnah tanpa ragu-ragu, kerana ilmu mereka laksana madu dan pembawa harta waris para nabi.
Jadi, para ulama salaf telah membuat garis jelas tentang larangan mengambil ilmu dari ahli bid’ah, kerana boleh menjadi sumber bibit fitnah dan kerosakan yang besar. [[15]]
Maka ahli sunnah dilarang untuk mengangkat dan memberi kepercayaan kepada ahli bid’ah untuk memegang lembaga pendidikan dan mengajar. kerana mereka akan menebar kesesatan kepada anak didik dan mendukung mereka untuk menyebarkan bid’ah ke tengah masyarakat.
Syeikh Hamud at-Tuwaijiri berkata,
”Mengangkat ahli bid’ah menjadi pengajar akan merosakkan anak didik dan dimanfaatkan untuk menyebarkan akidah sesat, sehingga akhlak mereka rosak dan tidak mengindahkan perintah dan larangan ALLAH.” [[16]]
Larangan di atas dalam keadaan normal. Namun boleh menggunakan mereka dalam situasi darurat, seperti tidak ada yang mampu mengajar spesialisasi ilmu tertentu kecuali ahli bid’ah dan untuk menjaga kemaslahatan pendidikan, dengan catatan tetap waspada dan tidak menimbulkan bahaya yang lebih besar.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata,
”Jika tidak mampu menegakkan kewajipan penyebaran ilmu dan jihad kecuali harus menggunakan jasa ahli bid’ah dan bahayanya lebih ringan daripada meninggalkan kewajipan tersebut, maka boleh meminta bantuan kepada mereka. Namun bila sebaliknya, para ulama berbeza pendapat.” [[17]]
Syeikh Bakar bin Abdullah Abu Zaid berkata,
”Bila beberapa kewajipan tergendala seperti pendidikan, jihad, kedoktoran, arkitek dan semisalnya dan tidak mampu terpenuhi kecuali harus menggunakan jasa ahli bid’ah dan bahayanya lebih ringan daripada meninggalkan kewajiban tersebut, maka boleh meminta bantuan kepada mereka.” [[18]]
Katanya lagi,
”Apa yang saya sebutkan di atas dalam keadaan normal, namun bila anda terikat dengan aturan pendidikan, hendaklah anda tetap berhati-hati dan menjaga diri dari keburukannya dan waspada atas segala syubhat. Ambillah yang bermanfaat dan tinggalkan apinya.” [[19]]
Jadi, boleh bagi pemimpin menggunakan ahli bid’ah sebagai pengajar dalam situasi terpaksa dan boleh memanfaatkan mereka pada lembaga pendidikan ketika aman dari fitnah dan tidak mendatangkan kerugian lebih besar.
Larangan mengambil ilmu dari ahli bid’ah ternyata memiliki dua maksud:
Syeikhul Islam berkata,
”Pendapat ini hakikatnya adalah maksud dari pernyataan para ulama salaf yang melarang menerima kesaksian ahli bid’ah, solat di belakangnya, mengambil ilmu dari mereka dan melangsungkan pernikahan dengan mereka sebagai hukuman agar kembali kepada Sunnah. Mereka membezakan antara propagandis bid’ah dengan yang bukan, kerana yang berhak mendapat hukuman adalah ahli bid’ah yang menampakkan kebid’ahan.” [[20]]
Apabila memanfaatkan jasa ahli bid’ah dalam proses pendidikan tidak menimbulkan bahaya, misalnya mengajarkan mata pelajaran yang bukan ilmu syar’i seperti ilmu kedoktoran, ilmu bangunan, atau ilmu pembuatan perangkat teknologi, kerana mata pelajaran tersebut tidak membahayakan akidah anak didik, maka boleh menjadikan mereka sebagai pengajar material tersebut.
[1] At Tankil, Al Khatib Al Baghdadi, hal. 121. Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain. (Lihat Syarh Shahih Muslim, vol I, hal 14, Sunan Ad Darimi, vol. 1 hal 124).
[2] Al Kifayah, hal 121.
[3] Al-Ibanah Al Kubra, vol 1 hal 205 dan Al Ibanah Ash Shugra, hal. 133.
[4] Jami’ Bayan al Ilmi, hal 248.
[5] Ibid, hal 246.
[6] Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, vol 1 hal 85.
[7] Al I’thisam, vol. 2 hal 174.
[8] Jami’ Bayan Al Ilmi, hal 348.
[9] Riyadhus Sholihin hal 350, Al Azkar hal 304 dan Syarh Shahih Muslim, hal 16 & hal 143.
[10] Siyar ‘Alam an Nubala vol 4, hal 472.
[11] Fatawa Aimmah al Muslimin bi Qath’i al Lisan al Mubtadi’in hal 131.
[12] Fatawa Aimmah al Muslimin, hal 61.
[13] Al Bid’ah wa Atsaruha As Sayyi’ fil Ummah, hal 51.
[14] Al Jami’ li Akhlaq Ar Rawi wa Adab as Sami’ vol 1 hal 72.
[15] Hilyah Thalib al Ilmi, hal 28-30.
[16] Tuhfah Al Ikhwan, hal 76.
[17] Majmu’ Fatawa vol 28 hal 212.
[18] Hajr al Mubtadi hal 46.
[19] Hilyah Thalih al Ilmi hal 31.
[20] Majmu’ Fatawa, vol 28 hal 205.