10. Habis… apa jalan keluarnya..???
April 14, 2007
Mencari jalan keluar dari inovasi
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menyampaikan dalam banyak hadisnya jalan keluar dari kebid’ahan jauh sebelum terjadinya bid’ah. Beliau bersabda:
“Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalau kalian berpegang teguh dengannya nescaya kalian tidak akan tersesat sepeninggalku selamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku.” [[1]]
Beliau juga menasihatkan:
“Aku wasiatkan kepada kalian untuk takwa kepada Allah Azza wa Jalla, taat dan mendengar sekalipun kalian dipimpin oleh seorang hamba sahaya kerana siapa sahaja di antara kalian yang hidup sepeninggalku nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka (ketika itu) wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan hati-hatilah kalian dari perkara-perkara yang baru kerana setiap yang bid’ah itu sesat.” [[2]]
Satu-satunya jalan menyelamatkan diri dari bid’ah adalah berpegang teguh pada dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam serta Petunjuk Salafus Shalih, pemahaman mereka, manhaj mereka, dan pengamalan mereka terhadap dua wahyu, kerana mereka adalah orang yang paling besar cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya, paling kuat ittiba’-nya, paling dalam ilmunya dan paling luas pemahamannya terhadap Al Quran dan As Sunnah.
Dengan cara ini seorang Muslim akan mampu berpegang teguh dengan agamanya dan bebas dari segala kotoran yang mencemari dan jauh dari semua kebid’ahan yang menyesatkan. Dan jalan ini mudah bagi yang dimudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
[1] Diriwayatkan oleh Hakim dan dishahihkan dalam Shahihul Jami’ oleh Syeikh Albani rahimahullah.
[2] Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, ia berkata hadis hasan shahih.