Nabi kata “Kullu Bid’atin Dholalah”

(Kemudian kita membantah: “Tidak wahai Rasulullah… tidak semua bida’ah sesat”, hebat sangat ke kita… nak  membantah kata-kata Rasulullah, apa hukumnya membantah kata-kata Rasulullah?)

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam sabda beliau:

“Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama), kerana sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” [[1]]

Mengapa inovasi dan Pembuatnya Dikatakan Sesat ?

Boleh jadi pembuat bid’ah itu menganggap ajaran agama ini belum sempurna hingga perlu penyempurnaan dari hasil pemikiran manusia.

Ini bererti ia mendustakan firman Allah Ta’ala yang memberikan kesempurnaan agama ini.

Boleh jadi ia menganggap ada perkara yang belum disampaikan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.

Ini bererti ia menuduh Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah berkhianat dalam penyampaian risalah. Padahal para shahabat seperti Abu Zar radiyallahu anhu mempersaksikan:

“Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan ilmunya pada kami.”

Abu Zar kemudian berkata:  Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian.” [[2]]

Imam Malik rahimahullah berkata:

“Barangsiapa yang mengada-adakan dalam Islam sesuatu kebid’ahan dan menganggapnya baik bererti ia telah menuduh Rasulullah telah berkhianat dalam menyampaikan risalah. Padahal Allah telah berfirman: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian.” Maka apa yang waktu itu (pada masa Rasulullah dan para shahabat beliau) bukan bahagian dari agama, (maka) pada hari ini pun bukan bahagian dari agama.” [[3]]

Ketiga, boleh jadi pembuat bid’ah itu menganggap dirinya lebih berilmu dibanding Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sehingga dia tahu ada amalan baik yang tidak diketahui dan tidak diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam.


[1]      Diriwayatkan oleh Muslim, no. 867.

[2]      Diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat As Shahihah karya Syeikh Albani rahimahullah 4/416 dan hadis ini memiliki pendukung dari riwayat lain.

[3]      Lihat Al I’tisham oleh Imam Syathibi, halaman 37.